Agaknya zaman moden kini, kita tidak boleh lari dari stress atau tekanan. Apatah lagi kita semakin bekerja keras untuk seiring mengejar teknologi yang semakin canggih dan hidup yang semakin mencabar. Bergantung juga kepada apakah punca dan tanda-tanda yang menyebabkan stress boleh berlaku. Begitu juga Belajar mahupun berkerja.
Cerita pasal kerja dan belajar, kita juga ingin tahu apakah jenis kerja dan pelajarab yang benar-benar buat sesorang itu menjadi semakin stress? Setelah telah dibuat kajian rupa-rupanya momentum stress yang terlampau adalah di bidang IT atau dalam ayat panjangnya Teknologi Maklumat!
Fakta tentang kesahihan topik tersebut aku dapat dari kajian yang dibuat oleh SWNS ke atas 3000 orang mewakili Skillsoft sebagai penyedia pembelajaran secara dalam talian.
Benarkah? Kenapa? Bagaimana? Macammana? Semuanya berlaku….
- Masa - bekerja dalam masa yang panjang sehingga tidak mampu uruskan kehidupan sebagai manusia biasa. Apatah lagi kerja dibawah syarikat besar sebagai vendor atau outsources. Dah lah kerja lebih masa kadang-kadang dari pagi sampai pagi esok lepas tu tiada bayaran kerja lebih masa danclaim lain-lain.
- Log/Kerja – biasanya kerja di dalam bidang IT bergantung kepada berapa banyak laporan kes atau masalah yang diterima. Biasanya disebut sebagailog case atau job. Apa yang boleh aku katakan, log yang diterima jarang boleh habiskan dalam masa sehari kerana jumlah log yang diterima atau dibahagikan oleh operasi IT berlebihan. Apatah lagi apabila ada syarikat yang kununnya nak cut cost tapi menyeksa staff lain! Staff 5 orang, loguntuk 15 orang
- Pencapaian - yang ini selalunya dituju kepada pencapaian syarikat yang ingin capai sasaran perniagaan mereka. Apa yang tak logiknya apabila jurutera mereka bekerja macam buruh kasar. Mereka nak untung tapi pekerja dilayan macam lembu yang dicucuk hidung. Bukan nak komplen tak tentu hala tapi bayangkan lah kalau dalam satu hari nak kena selesaikan 15 – 20 klien! Padahal 1 hari boleh selesaikan 5 – 6 kes klien sahaja, akal ada ke? Nak kaya cepat dan nak jimat pun agak-agak la.
- Pengurus - ini lagi satu masalah. Ada pengurus dalam bidang IT tapi tak pernah tahu pasal IT, yang ini memang cam haram! Mulalah fikir dia bagus, bila dah fikir bagus, mulalah yang jadi mangsanya ialah jurutera IT (aku la tu hu3). Dah la tak tahu apa-apa dalam kerja-kerja field, lepas tu dok main hentam semua kerja boleh dilakukan segera. Adeh dah lama aku tak kerja pun masih terasa bahangnya
No comments:
Post a Comment