Monday 2 April 2012

topologi bus :)

Topologi bas atau juga dikenali sabagai Ethernet menggunakan satu talian memanjang di mana setiap nod berhubung kepadanya. Data akan dihantar oleh setiap nod dengan harapan ianya tidak berlanggar dengan data yang dipindahkan dari nod yang lain. Sekiranya ianya berlaku,nod tersebut akan mencuba sekali lagi sehingga berjaya.

Kelemahan topologi bas ini adalah dari segi penyenggaraannya. Ianya agak rumit untuk diselenggara memandangkan sambungannya adalah dalam bentuk bersiri. Jika berlaku kerosakan pada mana-mana talian pada mana-mana nod,ia akan menyebabkan keseluruhan sistem tidak akan berfungsi. Tambahan pula untuk mengesan secara tepat tempat atau nod yang mengalami kerosakan.

Setiap nod boleh disambungkan ke sistem rangkaian dan juga boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tanpa menjejaskan keseluruhan sistem secara langsung. Tambahan lagi sekiranya salah satu nod tidak berfungsi ia juga tidak menjejaskan rangkaian komputer yang lain.

Kelebihan lain yang ada pada topologi ini ialah ianya menggunakan kabel tunggal dan tidak memerlukan perkakasan tambahan bagi mendirikan rangkaian. Maka ianya tidak memerlukan kos yang terlalu tinggi bagi tujuan penyelenggaraan.


Kelebihan

  • Komputer atau peranti lain mudah untuk disambungkan ke kabel utamanya.
  • Memerlukan kuantiti kabel yang lebih kecil jika dibandingkan dengan topologi bintang.

Kekurangan

  • Keseluruhan rangkaian tidak dapat berfungsi sekiranya terdapat masalah dengan kabel utama.
  • Penamat atau peranti talian (terminators) diperlukan dikedua-dua hujung kabel tulang belakang.
  • Agak sukar untuk mengesan sekiranya keseluruhan rangkaian tidak berfungsi.


No comments:

Post a Comment